Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..
Monday, 30 July 2012
BuLaN iTu
Dalam meniti hentian kehidupan ini, acapkali kita di uji dengan pelbagai dugaan. Begiitu juga dengan kisah si bulan dan sang pemuja bulan. Dalam menghitung hari, tidak disangkakan akan hujan yang turun ditengah hari. Semua nya berlaku di luar kehendak hati dan perasaan. Mungkin inilah yang dikatakan suratan takdir.
Ketika malam menjelma, melihat akan kecantikan bulan yang cerah mengambang, terasa diri ini bagai ditusuk oleh sesuatu. Satu perasaan yang mencengkam jiwa dan sangat menyeksakan. Sesungguhnya daku amat merinduimu si bulan. Amat terasa kekosongan diri setelah apa yang terjadi. Daku mengaku amat merindui mu, seolah-olah masih terngiang-ngiang gelak tawa dan rengekan manja mu. Amat ku rindui layananmu, belaianmu, suaramu dan kewujudan dirimu. namun semua itu x mungkin dapat ku kecapi. Yang ada hanyalah cahaya bulan yang menyuluh kehidupanku yang terasa semakin gelap..
aku amat merinduimu si bulan.
Subscribe to:
Posts (Atom)