Bumi mana yang tak ditimpa hujan, lautan mana yang tak bergelora, badai mana yang tak mendatang.. begitu juga dengan kasih dan hubungan kita. Penuh dengan ranjau berduri dan sentiasa diuji dengan pelbagai dugaan yang mendatang. Berjanjilah sayang, sama-sama kita hadapi hari yang mendatang, bersama-sama mengharungi suka dan duka perhubungan ini. Diriku berjanji dan bersumpah, hanya dirimu yang bertakhta di hati, cintaku untukmu mekar subur di dalam hati ini. Buangkanlah kesangsian terhadap diriku dan hulurkan seribu kasih sayang. Selagi nyawaku di kandung badan, hanya dirimu yang ku sayang dan cintai.
Si bulan,jika rindu itu berbunga cinta
air mata adalah embun di kelopaknya..
salahkah jika diri ini cemburu
salahkan jika diri ini merajuk
salahkah jika diri ini marah
semua perasaan itu bukan yang kupinta
semuanya hadir kerana aku mencintaimu...
maafkan andai dirimu terluka..
No comments:
Post a Comment