Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..

Friday, 30 March 2012

AkU DaN kAmU

 
Memandang akan satu jarak perjalanan sebuah perhubungan dimana selalu sahaja bermain di fikiran, hinggakan kadangkala membuatkan betapa sesaknya dada menanggung derita merindu.

Sang bulan..
Diriku dan dirimu ketemu merasakan apa itu satu rasa. Diriku dan dirimu melewati masa, merungkai sejuta perasaan di hati, Diriku dan dirimu kini mempunyai satu cerita dan sejuta impian.. Dan cerita itu tidak mungkin senang untuk dilepaskan. Kerana ia adalah memori terindah tika perjalanan kehidupan ini..
Sang bulan..
Diriku dan dirimu sama-sama belajar erti rindu dan rasa. Diriku dan dirimu saling mencuba untuk memahami antara satu sama lain. Diriku dan dirimu cuba untuk hidup bahagia bersama tanpa sebarang gangguan. Sehingga kini, diriku dan dirimu tidak pernah belajar untuk melupakan antara satu sama lain. Saban hari, di mana bumi dipijak. diriku melihat segalanya ada kamu, medengar suaramu ada di mana-mana, hingga kadangkala diriku tersentak melihat wajahmu yang masih segar dengan senyuman yang menghiasi.
Sang bulan..
Dan rasa ini ada. Amat kurindukan dirimu. Rindunya pada dirimu. Dan sentiasa ingat dirimu. Rindu sungguh pada dirimu. Dan ingin diriku agar dirimu tahu amat kuat terasa dalam dakap dada ini akan kerinduan terhadap dirimu.

Di saat kita bertemu.. Di saat kita bersama.. Kita hanya untuk menikmati rasa indahnya bercinta.. Ibarat selautan laut dan sehampar daratan ini cuma milik kita berdua.. dan.. dunia ini adalah surga cinta kita...

Saturday, 24 March 2012

BiNgKiSaN RiNdU BuAtMu


Malam ini, terasa akan kerinduan yang mendalam buatmu insan yang bergelar kekasih. Ingin sekali untuk bertenteng mata dengan mu, namun masih ada pemisah antara kita yang perlu ku turuti demi mengharapkan sebuah kemaafan. Di waktu ini, daku amat merindui dirimu. Terasa sayu dan sunyi yang amat mencengkam jiwa yang dahagakan sebuah pertemuan. lantas, di keheningan malam, sang pemuja bulan bermonolog dengan dirinya lalu terhasil lah satu bingkisan buat insan teristimewa dalam hidupnya, si bulan.

sayang..
semoga dirimu sihat sejahtera, dilimpahi ketenangan dan kedamaian melalui hari-hari yang mendatang.. moga dirimu sentiasa dirahmat, dilindungi dan dikasihi selalu. Ku doakan agar dirimu sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang lebih baik..
 sayang..
hari-hari yang kulalui merupakan detik yang penuh dengan titisan kerinduan yang tidak dapat kuungkapkan. Setitis kasih dan cinta didalam hati ini telah membuahkan dan menganugerahkan rasa rindu yang tidak dapatku tahan geloranya. Jika hati ini tidak memiliki kekuatan, pasti nya rindu ini membuatkan aku bergelora.
sayang..
ketika diri ini mencoretkan bingkisan ini, kita baru saja meleraikan kerinduan kita dengan berbicara dari hati ke hati. Bergurau senda dan bermanja, namun hatiku sentiasa sarat dengan kerinduan buat dirimu yang ku kasihi. Rindu yang hadir ini tidak pernah berkurangan bahkan ianya semakin bertambah dari hari ke sehari. Rindu ini mendambakan kasihku untukmu..Hati ini dipenuhi dengan cintamu dan tidak mungkin ku melupakan sesaat dirimu kala ini. Hanya kasihmu yang diriku miliki, yang membahagiakan diriku, menceriakan kehidupanku dan menjadikan hari-hari ku penuh bermakna..
sayang..
inginku katakan padamu bahawa daku terlalu merindui dirimu.. Bagaimana daku hendak mengisi kerinduan ini, di kala fikiranku melayang memikirkanmu, senyumanmu terukir tika mengingatimu.. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaan kasihku  padamu. Kerana..telah ku binakan benteng yang kukuh agar cintamu tidak terlepas dari sempadan hatiku..
sayang..
cintamu antara yang terutama dalam senarai cintaku. Daku jamin ia tidak akan berubah sehinggalah Allah menetukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun daku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaaan di hadapan yang Maha Esa di hari kemudian..
sayang..
ku amat mencintaimu.. Hanya dirimu yang memiliki hatiku ini.. Daku bahagia begini dan ingin terus bersamamu. Daku sentiasa berdoa padaNya agar Dia sentiasa menerima permohonan doaku ini. Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku. Rindu di hatiku tidak tertahan lagi tatkala cinta mewangi  yang baunya memenuhi setiap ruang kehidupan ini. Bagaimana dapat daku tahan rasa rindu ini bila ia mula semerbak wangi di kamar malam sewaktu kesepian datang bertamu menjengok daku sendiri..
sayang..
datanglah padaku dan hadirlah padaku untuk mengubati rasa rindu ini..
ku amat merindui dirimu si bulan....


ImPiAn iTu


Setiap insan mempunyai impian mereka tersendiri, yang dibina berteraskan kasih sayang dan perasaan untuk bersama insan tersayang dalam menenpuh hari-hari mendatang. Begitu jua dengan sang pemuja bulan. terlalu banyak impian yang dibina bersama si bulan, yang kadang kala menggambarkan seolah-olah inilah dunia mereka berdua dan mereka ingin habiskan masa bersama sehingga akhir hayat. Bersama-sama mengotakan impian itu menjadi kenyataa, di samping mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia. Bagi sang pemuja bulan, tiada apa yang lebih bermakna bagi diri nya melainkan dapat menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama si bulan dan melayari kebahagiaan rumahtangga bersama anak-anak. Ingin sekali dirinya membahagiakan si bulan yang telah lama tidak mengenal erti bahagia dan kegembiraan. Bagi sang pemuja bulan, hidup ini hanya sekali dan disebabkan itu, ingin sekali dirinya melihat si bulan ketawa, tersenyum riang dan mengenal apa itu erti hidup. 
Dalam kesibukan merancang masa dan impian, masih utuh terpahat akan niat sang pemuja bulan untuk menyunting si bulan menjadi permaisuri hatinya. Ingin sekali diluangkan masa bersama si bulan dengan satu ikatan yang abadi dan diimpikan semua insan bercinta. PERKAHWINAN.. itulah impian yang saban hari bermain di fikran sang pemuja bulan,. Terlalu mendalam perasaan nya terhadap si bulan sehingga tidak mampu menahan sabar ingin menyunting si bulan dan menjadikan nya permaisuri hidup dirinya. Saban hari, akan ada impian dan angan-angan yang ingin dilakukan bersama si bulan apabila mereka bergelar sepasang suami isteri. Acap kali apa yang mereka impikan itu seringkali sama idea nya, seolah-olah mereka berdua amat serasi dan mampu mengetahui apa yang mereka inginkan. Cita rasa yang sama dan kadangkala, mereka akan bercakap secara serentak. Mungkin inilah yang dinamakan jodoh.. Insyaallah..

Si bulan..
Akan daku tunaikan janjiku padamu, akan ku penuhi segala impian dan angan-angan yang telah kite impikan bersama. Bila tiba waktu dan ketika, akan ku sunting dirimu menjadi ratu hatiku dan akan ku bahagiakan dirimu agar kenangan lalu terus berlalu di bawa arus hembusan bayu. Ingin sekali ku buka lembaran baru dalam hidupmu, yang penuh dengan gelak tawa dan dunia itu penuh dengan warna-warni..

Oh Tuhan tolonglah diriku
Aku sungguh menginginkan dia
Untuk mencintaiku dan mendampingiku
Di dalam hidupku ini
Oh Tuhan bukalah hatinya
Untuk melupakan kesalahanku
Yang tlah menjadi duri di dlam hatinya
Dan melukai hatinya
Tolonglah dakap aku yang melukaimu
Aku ingin engkau tahu
Aku selalu cinta padamu
Aku tlah menyesalinya
Semua...
  
ketika ini, saat dan waktu seakan mencemburui hubungan yang terjalin. Seringkali wujudnya perselisihan faham lantaran jarak yang berjauhan dan singkatnya masa yang diluangkan bersama. Semua ini memberi satu kesan kepada hubungan yang telah terbina. Setiap dugaan yang mendatang, seringkali mendewasakan pasangan ini, malah setiap masalah dan dugaan yang melanda, sebenarnya mengeratkan lagi hati dua sejoli ini. Dalam kepayahan melajuri renai-renai kehidupan, sang pemuja bulan seringkali tersilap langkah yang menyakitkan hati dan membuatkan perasaan si bulan terluka. Namun semua itu mematangkan lagi hubungan ini dan telah mengajar sang pemuja bulan akan erti sebuah kejujuran dan kesetian.  

I LoVe YoU

PeSaN DaKu


Sayang..
Andai hatimu pernah disakiti..
jangan ditabur rasa benci terhadap diriku..
Andai perasaanmu pernah diguris seribu rasa..
janganlah diriku di pinggir jauh..
Andai matamu pernah menangis sebuah kedukaan..
janganlah dibuang rasa sayang yang pernah bertakhta di hatimu..
Andai kehadiranku ini pernah menyusahkan hidupmu..
hanya ungkapan maaf yang mampu kuungkapkan..
namun...
untuk melupakanmu tidak pernah terniat di hatiku ini..
ia akan tetap tersemat utuh walaupun diriku tiada lagi..

kata orang, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula badan kita yang cukup anggota. Pelbagai dugaan yang datang menguji kestiaan dan kejujuran diri apabila berjauhan. Semua ini mematangkan apabila diambil pengajaran.. Si bulan, maafkan diriku ini kerana telah menyakiti hatimu.. tidak terniat untuk diriku ini melukakan perasaan mu. Andai diri ini perlu dihukum, akan ku turuti hukuman itu agar dirimu tidak menangis kelukaan lagi. Saban hari, perasaan menyesal dan bersalah bersarang dalam diriku. Hanya ungkapan maaf yang mampu ku ungkapkan..