Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..

Saturday, 24 March 2012

BiNgKiSaN RiNdU BuAtMu


Malam ini, terasa akan kerinduan yang mendalam buatmu insan yang bergelar kekasih. Ingin sekali untuk bertenteng mata dengan mu, namun masih ada pemisah antara kita yang perlu ku turuti demi mengharapkan sebuah kemaafan. Di waktu ini, daku amat merindui dirimu. Terasa sayu dan sunyi yang amat mencengkam jiwa yang dahagakan sebuah pertemuan. lantas, di keheningan malam, sang pemuja bulan bermonolog dengan dirinya lalu terhasil lah satu bingkisan buat insan teristimewa dalam hidupnya, si bulan.

sayang..
semoga dirimu sihat sejahtera, dilimpahi ketenangan dan kedamaian melalui hari-hari yang mendatang.. moga dirimu sentiasa dirahmat, dilindungi dan dikasihi selalu. Ku doakan agar dirimu sentiasa dikurniakan kesejahteraan dan kesihatan yang lebih baik..
 sayang..
hari-hari yang kulalui merupakan detik yang penuh dengan titisan kerinduan yang tidak dapat kuungkapkan. Setitis kasih dan cinta didalam hati ini telah membuahkan dan menganugerahkan rasa rindu yang tidak dapatku tahan geloranya. Jika hati ini tidak memiliki kekuatan, pasti nya rindu ini membuatkan aku bergelora.
sayang..
ketika diri ini mencoretkan bingkisan ini, kita baru saja meleraikan kerinduan kita dengan berbicara dari hati ke hati. Bergurau senda dan bermanja, namun hatiku sentiasa sarat dengan kerinduan buat dirimu yang ku kasihi. Rindu yang hadir ini tidak pernah berkurangan bahkan ianya semakin bertambah dari hari ke sehari. Rindu ini mendambakan kasihku untukmu..Hati ini dipenuhi dengan cintamu dan tidak mungkin ku melupakan sesaat dirimu kala ini. Hanya kasihmu yang diriku miliki, yang membahagiakan diriku, menceriakan kehidupanku dan menjadikan hari-hari ku penuh bermakna..
sayang..
inginku katakan padamu bahawa daku terlalu merindui dirimu.. Bagaimana daku hendak mengisi kerinduan ini, di kala fikiranku melayang memikirkanmu, senyumanmu terukir tika mengingatimu.. Janganlah dirimu sangsi dengan kesetiaan kasihku  padamu. Kerana..telah ku binakan benteng yang kukuh agar cintamu tidak terlepas dari sempadan hatiku..
sayang..
cintamu antara yang terutama dalam senarai cintaku. Daku jamin ia tidak akan berubah sehinggalah Allah menetukan dan menyatakan kehendaknya dalam kisah perjalanan cinta kita ini. Namun daku sentiasa berdoa agar cinta dan kasih kita ini hayatnya berpanjangan hingga dibawa bersama sewaktu menghadiri perjumpaaan di hadapan yang Maha Esa di hari kemudian..
sayang..
ku amat mencintaimu.. Hanya dirimu yang memiliki hatiku ini.. Daku bahagia begini dan ingin terus bersamamu. Daku sentiasa berdoa padaNya agar Dia sentiasa menerima permohonan doaku ini. Cinta dan rindumu adalah menjadi teman paling setia dalam hidupku walau saat dirimu tiada disisiku. Rindu di hatiku tidak tertahan lagi tatkala cinta mewangi  yang baunya memenuhi setiap ruang kehidupan ini. Bagaimana dapat daku tahan rasa rindu ini bila ia mula semerbak wangi di kamar malam sewaktu kesepian datang bertamu menjengok daku sendiri..
sayang..
datanglah padaku dan hadirlah padaku untuk mengubati rasa rindu ini..
ku amat merindui dirimu si bulan....


No comments:

Post a Comment