Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..

Saturday, 25 February 2012

HaTi


kalau tidak mampu mencintai, jangan pernah sentuh hati seseorang
kalau tidak mampu setia , jangan pernah membuat janji
kalau tidak mampu mengenggam hubungan, jangan pernah beri harapan
kerana hati manusia itu terlalu bernilai dan terlalu berharga untuk di sakiti
terlalu mahal untuk disia-siakan dan untuk di hancurkan...

Ikhlas itu hanya lahir dari hati yang tulus dan keikhlasan akan menbenihkan sejuta kenangan yang abadi.. Dalam liku-liku kehidupan ini, tidak mudah untuk mengejar impian, namun yang lebih susah adalah mempertahankan apa yang dimiliki kerana yang tergenggam erat bisa terlepas jua.. Aalngkah indahnya jika semua yang diimpikan dan dirancang akn menjadi kenyataan, bukan cuma khayalan di siang hari. Kehidupan ini terlalu banyak onak duri nya, jika tidak kuat dan yakin akan diri sendiri, hanyutlah ditelan arus dunia. Untuk mengecapi bahagia dan indahnya dunia ini, seringkali akan datang pelbagai dugaan yang adakalanya mampu meruntun jiwa. Namun, semangat untuk tidak menyerah membuatkan diri ini masih teguh berdiri. Perasaan untuk memiliki dan pendirian untuk tidak mahu kehilangan insan tersayang teguh tersemat di dalam hati. Hanya itulah kekuatan buat diriku ini. Si bulan, kehadiranmu dalam hidupku amat bermakna dan memberikan seribu erti buatku. dirimu ibarat cahaya yang menerangi kegelapan hidupku..


Ya Allah..
sesungguhnya diri ini hanyalah hamba mu yang lemah dan penuh kekhilafan..hanya kepada mu daku berserah dan memohon. Kepada mu jua tempat untuk meluahkan semua yang terpendam di lubuk hati. 
Ya Allah..
bukan ego yang menjadi keutamaan daku, namun jujur diriku tidak mahu kalah dalam percaturan hidupku. Biarlah semua impian ku menjadi kenyataan dan kebhagiaan yang ku cari selama ini menjadi milikku. 
Ya Allah..
kira nya hanya Engkau lah yang maha mengetahui dan semua yang terbaik adalah dari aturan mu. Daku hanyalah hamba mu yang mengharapkan keajaiban. kepada mu lah daku berserah..






Dalam mengimpikan sebuah kebahagiaan, adakala nya apa yang dirancang tidak menjadi seperti diinginkan. Segalanya hanya mampu dirancang, namun xmampu untuk menunaikan nya kerana manusia hanya mampu merancang, namun Allah jua yang menetukan segalanya. Lumrah alam, tidak mampu untuk kita menghalang nya walaupun terasa dipersendakan dan dihina. Seolah-olah niat suci ini dipermainkan dan diludah oleh insan yang cemburu dengan kebahagiaan orang lain. Kadang-kala, mereka yang berhak mampu menjadi duri yang sangat bisa membunuh seluruh pancaindera. Hanya kerana ingin menjaga hati, kebahagiaan diri sendiri terpaksa ditolak tepi. Tidal adil dunia ini. Kini segala nya telah diserahkan kepada yang Esa. diserahkan segala-galanya....

Friday, 24 February 2012



Kata orang, bila hati dilanda keresahan dan fikiran kusut, ambil lah masa untuk bertenang dan luangkan masa untuk hiburkan hati yang tengah gundah gelana. Kata orang, jiwa yang tenang akan memberikan seribu erti buat insan yang tersayang. Memang diakui semua kata-kata itu terbukti bukan omongan kosong.. Dalam meratapi hari-hari yang seakan mendung, masih terselit sinar bahagia buat insan yang dambakan kasih sayang dan mengerti akan perlunya masa bersama. Semakin hari semakin sayang, semakin hari hubungan yang dibina dirasakan semakin erat dan mesra. Amat terasa akan kehangatan bahang cinta dan terasa sejuk mendamaikan oleh kesyahduan kasih sayang yang bersemi. Begitu membahagiakan.
Dalam melayari setiap kehidupan ini, dengan masalah yang tidak jemu untuk menerjah dan dugaan yang tidak putus-putus, terasa masa yang diluangkan bersama amat bermakna sekali. Waktu itu, ketika hati masih dibalut keresahan akan masalah kehidupan, dua sejoli ini meluangkan masa bersama untuk menghiburkan hati yang dundah gelana. Mereka bersepakat untuk menghiburkan hati dengan bermain bowling. Setiap balingan yang dibuat, seolah-olah melontarkan setiap masalah yang terpendam di lubuk hati. Masih jelas betapa gembira si bulan saat itu. Walaupun mengadu lenguh untuk meneruskan balingan, namun dilakukan juga balingan itu semata-mata mahu menggembirakan hati yang tengah kesedihan. Saat itu, si pemuja bulan amat mengerti perasaan si bulan. di cuba nya untuk menggembirakan si bulan. Lantas, setiap balingan yang dilakukan oleh si bulan akan diselang-selikan dengan joget dan tepukan oleh si pemuja bulan. Tersenyum riang si bulan, begitu cantik senyumannya, diringi gelak tawa dan bahagia dirasakan. Rupanya si bulan mempunyai bakat terpendam dalam sukan bowling.  Namun semua itu tidak bertahan lama dek kesuntukan masa. Masih ada tanggungjawab yang perlu dipikul dan hati yang perlu dijaga. Menyedari semua itu, dua insan ini mengatur jejak untuk pulang dan diiringi oleh kenanagan yang utuh terpatri di jiwa.

Sayaang.. Jelas terlihat, walau zahir bebas menguntum senyuman, namun hati tidak mampu menipu. Masih terselindung duka yang cuba disembunyikan.. diriku cukup memahami dirimu..

RaTu Ku


Bisikan yang pertama
Membawa erti untuk selamanya
Aku bagai tak percaya
Apa yang telah pun kurasa
Engkau bagaikan ohhh... permataku
Engkau pun jua ratuku

Engkaulah segalanya

Engkau hanyalah untuk diriku
Aku hanya untukmu
Itulah janjiku padamu
Kita bagaikan ombak dan pantai
Tidakkan terpisah lagi
Walaupun pasangnya
Walaupun surutnya laut

Ratapan naluri

Memanggilkan namamu

Kerana pertemuan ini

Akanku abadikan
Segala memori
Kulewati waktu itu
Didalam pelukanku
Gugurnya pemisah
Di antara kita terbinanya
Satu mercu tanda
Cinta yang setia
Meredahi masa meniti usia
Hingga keakhirnya
Kuabadi cinta dihati ini


Malam ini, hati ini begitu tersentuh dengan kesediaan dirimu sayang.. Walaupun berbagai dugaan yang melanda, namun dirimu tetap setia disampingku, tetap sabar menghadapi semua dugaan ini bersamaku. Terharu dengan semua yang telah dirimu lakukan untukku. Sayang, saban waktu, diri ini memikirkan mu, setiap detik, diri ini berfikir untuk membahagiakanmu, menjagamu dan berusaha untuk memastikan tiada lagi kedukaan serta linangan air mata di raut wajahmu itu. Sayang..kaulah ratuku..
Si bulan, saat dan tika waktu ini, cintaku terhadapmu tidak pernah luput dek waktu. Tidak terhakis akan dugaan yang menyapa dalam kamus hidupku ini. Cintaku masih utuh bertahan terhadap dirimu. Sayang.. dalam rencah kehidupan ini, akan ada sesuatu yang tidak diduga. namun semua itu hanya hadir untuk menguji kita samaada kita bersedia dalam perhubungan ini. Percayalah sayang.. Saat ini, akan kubuktikan hanya dirimulah yang bersemadi di lubuk hatiku buat selama nya. Hanya dirimu yang menjadi pengarang jantung hatiku. Dikaulah teman sehidup dan sematiku si bulan..

aku cintakan kamu...

Thursday, 23 February 2012

OmBaK RiNdU


Ombak rindu...
satu karya agung untuk epilog percintaan yang menyentuh hati dan tersirat maksud nya yang mampu mengalirkan air mata apabila di selami dan juga dihayati. Seperti ombak yang membelak lautan, seganas itulah juga perasaan cinta yang wujud dalam hati si pemuja bulan terhadap si bulan yang dicintai. lautan asmara telah mereka harungi dengan pelbagai onak dan liku yang bisa meruntun jiwa insan yang lemah dan tidak tabah menghadapi dugaan.
Saban hari, bermacam dugaan yang datang menguji hubugan dua sejoli ini. dari sekecil-kecil ujian sehinggalah ibarat badai yang datang menguji mereka. Namun, sehingga saat ini, dua sejoli ini masih tabah mengharungi semua ini dengan diiringi doa yang berpanjangan ke hadtrat Ilahi.
Saat ini, masih kedengaran tangisan si bulan dan jelas kelihatan akan air mata jernih yang mengalir membasahi pipi si bulan. Terasa akan berdosa nya si pemuja bulan kerana membuatkan insan yang dicintai nya itu menangis. Namun, semua itu bukan pinta nya, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan dirinya yang penuh dengan kekhilafan. Dalam kesamaran malam, termenung jauh si pemuja bulan akan sikap nya selama ini yang telah banyak menyakitkan hati si bulan. Hanya maaf yang mampu ku pinta saat ini.
Sayang.. kiranya dirimu mengerti akan gelodak hati ku ini, akan ku berlutut untuk memohon kemaafan diatas segala yang telah berlaku. Tidak mahu lagi kiranya perbuatan lampau ku itu akan membuatkan diri mu berendam airmata dan menjarakkan hubungan ini. sayang..akan kubuktikan yang sesungguhnya diriku ini telah jauh berubah dan hanya dambakan keprcayaan yang telah jauh meninggalkan hatimu...

KaTa DaRi HaTi



Di suatu malam
aku termenung sendirian 
melihat indahnya ciptaan tuhan d bumi
yang fana ini
lalu mindaku jauh melayang
terkenangkan pada seseorang
yang pada zahirnya jauh dari pandangan ini
namun amat dekat di hati nuraniku ini

Kehadiran insan itu didalam hatiku
ibarat sebutir mutiara yang bersinar
nun jauh di dasar lautan
berharga, bernilai buat diri ini
senyum tawanya, lirikan manja matanya,
selalu menari-nari di tubir mataku
aku bahagia..

Duhai sayangku
tiba masanya daku akan pergi jua
bukan pergi buat selamanya
namun pemergian ini buat sementara cuma
demi dirimu dan diriku
ku tahu dirimu mengerti semua ini

Duhai sayangku
jangan sesekali air mata jernih membasahi  pipi sucimu
mengertilah
daku selalu merindui drimu
selalu menyayangimu dan mencintaimu
setulus hati kecilku ini
hanya satu pintaku
sayangilah driku dan cintailah daku
bersama sacangkir keikhlasan
dan disemai setulus pengorbanan..

Duhai sayangku
dengar dan tenung kata hati ini
di sini aku berjanji
akan sentiasa menyayangimu
dan mencintai dirimu
selagi nafasku tiada berhenti..

Duhai sayangku
kenanglah kata daku ini
kerana bicara ku ini
ibarat bicara sekeping hatiku ini
I LOVE YOU... 

Wednesday, 22 February 2012

SePeTaNg BeRsAmA



Petang itu, terasa akan keindahannya. Ditemani insan tersayang, amat terasa begitu cepatnya masa berlalu. Setiap saat yang telah dilalui bersama begitu mengujakan dan bersimpul rapi sengan kuntuman-kuntuman senyuman di bibir. Petang itu, pasangan dua sejoli ini meluangkan masa bersama-sama di sebuah taman. Masih terbayang akan betapa teruja nya si bulan apabila dapat menjejakkan kaki di taman itu dan masih tersemat dalam ingatan akan betapa berkobarnya semangat si bulan untuk melakukan joging di taman itu. Tersenyum sendirian apabila mengingati keletah si bulan yang manja dan seakan keanak-anakan. Begitu manja dan mengharapkan perhatian.. Satu sikap yang menjadi penawar buat sang pemuja bulan di saat keresahan dan dilanda rindu yang mendalam buat si bulan .
Petang itu, berbagai-bagai gambar diambil tanda kenangan dan semua itu menunjukkan akan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh pasangan dua sejoli ini. Pelbagai pose dan aksi yang diberikan oleh dua insan ini sehinggalah terhasil satu imej yang romantik dan tidak puas ditatap oleh mata kasar. Perasaan gembira dan terharu bercampuk aduk disaat si bulan ingin mengabdikan gambar yang ditangkap bersama sebagai kenangan. Masih terbayang di kepala sang pemuja bulan akan gelak tawa si bulan apabila melihat si pemuja bulan berlari dan melompat. Masih kedengaran suara dua insan ini ketawa, sungguh bahagia dan gembira di saat itu. Seolah-olah mereka sukar untuk dipisahkan dan dunia ini terlalu indah buat mereka berdua. Bermacam-macam kerenah yang dipamerkan oleh kedua-dua insan ini, terutama akan semangat si bulan untuk joging dimana akhirnya hanya berkesudahan dengan berjalan mengelilingi taman sahaja.. Usik-mengusik memenuhi aktiviti mereka petang itu dan dilengkapi dengan gelak tawa yang tidak berkesudahan. 

Cukup indah akan saat bersama-sama..

Tuesday, 21 February 2012

RoS MeRah



Kata orang, bunga itu mempunyai pelbagai keistimewaan. Bisa membuatkan hati yang gundah menjadi tenang dan bibir yang kelat mampu tersenyum riang.. Itulah istimewa nya bunga. Bagi si pemuja bulan, ada cerita disebalik bunga ros itu. Masih segar di ingatan sang pemuja bulan akan betapa riang nya si bulan tersenyum saat dihulurkn sejambak bunga kepadanya.. Masih terbayang muka terkejut si bulan saat sejambak bunga jelas mujud dihadapan mata nya.. terkedu dan ibarat hilang kata-kata si bulan saat dan detik itu.. Semua nya terasa indah dan menguntumkan senyuman andai di ingatkan kembali..
Dalam mengingati saat itu, masih ada waktu yang tertinggal untuk dikenang.. Saat semua pasangan memberikan hadiah sempena hari kekasih, tiada apa yang mampu sang pemuja bulan berikan kepada si bulan, kekasih hati. Untuk menyembunyikan kesedihan hati, sang pemuja bulan melari-larikan pen di atas secebis kertas. Lalu terbit lah ilham untuk mengabdikan sebuah lakaran bunga ros di atas cebisan kertas itu. Serancak mulut berbicara, serancak itulah tangan si pemuja bulan melakarkan karya nya. Akhirnya siap lakaran itu dan terhasil lah sebuah lukisan ros yang tak cantik namun ikhlas dari lubuk hati. Tersenyum girang si bulan saat melihat lukisan itu. Bertalu-talu ucapan terima kasih diucapkan kepada sang pemuja bulan. Dunia dirasakan cukup indah waktu itu. Dirasakn bahagia yang dicari selama ini muncul menjelmakan diri dan tersemat abadi di dalam hati dua sejoli ini..

Diri ini rindukan gelak tawa dan senyuman manis mu si bulan..

HasRaT


Tuhan memberikanku cinta
Untuk ku persembahkan hanyalah padamu
Dia anugerahkanku kasih
Hanya untuk berkasih berbagi denganmu

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Hampa terasa bila ku tanpamu
Hidupku terasa mati jika ku tak bersamamu
Hanya dirimu satu yang aku inginkan
Ku bersumpah sampai mati hanyalah dirimu (hanyalah dirimu)

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah

Atas restu Allah ku ingin milikimu
Ku berharap kau menjadi yang terakhir untukku
Restu Allah ku mencintai dirimu
Ku pinang kau dengan Bismillah


syahdu bila mendengar lagu ku pinang dirimu dengan bismillah.. Terasa bagai satu alunan lembut yang membisikkan ungkapan cinta yang berteraskan janji untuk sehidup semati. Malam ini, terdetik perasaan yang telah lama tersemat di hati sang pemuja bulan akan impian dan niat nya untuk mengahwini si bulan. Yaaaa.. akan ditunaikan janji nya itu dan akan dipikulnya segala tanggungjawab setelah bergelar seorang suami dan ketua keluarga.. Diharapkan agar segala yang dirancang akan dimakbulkan oleh Allah dan menjanjikan secebis kebahagiaan buat mereka. Dunia ini fatamorgana, diadili oleh keikhlasan dan kejujuran. Walau berjuta dugaan dan halangan yang melanda, akan ditempuhi semua itu tanpa ada sedikit pun erti menyerah dalam kamus hidup sang pemuja bulan.. si bulan, akan ku buktikan yang diri ini mampu memeikul amanah dan tanggujawab setelah dirimu sah bergelar isteri ku,, Akan ku sunting dirimu dengan satu lafaz, satu akad dan satu salam.. Sungguh, aku cintakan dirimu..