Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..

Friday, 24 February 2012



Kata orang, bila hati dilanda keresahan dan fikiran kusut, ambil lah masa untuk bertenang dan luangkan masa untuk hiburkan hati yang tengah gundah gelana. Kata orang, jiwa yang tenang akan memberikan seribu erti buat insan yang tersayang. Memang diakui semua kata-kata itu terbukti bukan omongan kosong.. Dalam meratapi hari-hari yang seakan mendung, masih terselit sinar bahagia buat insan yang dambakan kasih sayang dan mengerti akan perlunya masa bersama. Semakin hari semakin sayang, semakin hari hubungan yang dibina dirasakan semakin erat dan mesra. Amat terasa akan kehangatan bahang cinta dan terasa sejuk mendamaikan oleh kesyahduan kasih sayang yang bersemi. Begitu membahagiakan.
Dalam melayari setiap kehidupan ini, dengan masalah yang tidak jemu untuk menerjah dan dugaan yang tidak putus-putus, terasa masa yang diluangkan bersama amat bermakna sekali. Waktu itu, ketika hati masih dibalut keresahan akan masalah kehidupan, dua sejoli ini meluangkan masa bersama untuk menghiburkan hati yang dundah gelana. Mereka bersepakat untuk menghiburkan hati dengan bermain bowling. Setiap balingan yang dibuat, seolah-olah melontarkan setiap masalah yang terpendam di lubuk hati. Masih jelas betapa gembira si bulan saat itu. Walaupun mengadu lenguh untuk meneruskan balingan, namun dilakukan juga balingan itu semata-mata mahu menggembirakan hati yang tengah kesedihan. Saat itu, si pemuja bulan amat mengerti perasaan si bulan. di cuba nya untuk menggembirakan si bulan. Lantas, setiap balingan yang dilakukan oleh si bulan akan diselang-selikan dengan joget dan tepukan oleh si pemuja bulan. Tersenyum riang si bulan, begitu cantik senyumannya, diringi gelak tawa dan bahagia dirasakan. Rupanya si bulan mempunyai bakat terpendam dalam sukan bowling.  Namun semua itu tidak bertahan lama dek kesuntukan masa. Masih ada tanggungjawab yang perlu dipikul dan hati yang perlu dijaga. Menyedari semua itu, dua insan ini mengatur jejak untuk pulang dan diiringi oleh kenanagan yang utuh terpatri di jiwa.

Sayaang.. Jelas terlihat, walau zahir bebas menguntum senyuman, namun hati tidak mampu menipu. Masih terselindung duka yang cuba disembunyikan.. diriku cukup memahami dirimu..

No comments:

Post a Comment