Petang itu, terasa akan keindahannya. Ditemani insan tersayang, amat terasa begitu cepatnya masa berlalu. Setiap saat yang telah dilalui bersama begitu mengujakan dan bersimpul rapi sengan kuntuman-kuntuman senyuman di bibir. Petang itu, pasangan dua sejoli ini meluangkan masa bersama-sama di sebuah taman. Masih terbayang akan betapa teruja nya si bulan apabila dapat menjejakkan kaki di taman itu dan masih tersemat dalam ingatan akan betapa berkobarnya semangat si bulan untuk melakukan joging di taman itu. Tersenyum sendirian apabila mengingati keletah si bulan yang manja dan seakan keanak-anakan. Begitu manja dan mengharapkan perhatian.. Satu sikap yang menjadi penawar buat sang pemuja bulan di saat keresahan dan dilanda rindu yang mendalam buat si bulan .
Petang itu, berbagai-bagai gambar diambil tanda kenangan dan semua itu menunjukkan akan kebahagiaan yang sedang dikecapi oleh pasangan dua sejoli ini. Pelbagai pose dan aksi yang diberikan oleh dua insan ini sehinggalah terhasil satu imej yang romantik dan tidak puas ditatap oleh mata kasar. Perasaan gembira dan terharu bercampuk aduk disaat si bulan ingin mengabdikan gambar yang ditangkap bersama sebagai kenangan. Masih terbayang di kepala sang pemuja bulan akan gelak tawa si bulan apabila melihat si pemuja bulan berlari dan melompat. Masih kedengaran suara dua insan ini ketawa, sungguh bahagia dan gembira di saat itu. Seolah-olah mereka sukar untuk dipisahkan dan dunia ini terlalu indah buat mereka berdua. Bermacam-macam kerenah yang dipamerkan oleh kedua-dua insan ini, terutama akan semangat si bulan untuk joging dimana akhirnya hanya berkesudahan dengan berjalan mengelilingi taman sahaja.. Usik-mengusik memenuhi aktiviti mereka petang itu dan dilengkapi dengan gelak tawa yang tidak berkesudahan.

No comments:
Post a Comment