Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..

Thursday, 22 December 2011

BiAr HaTi Ini MeNcInTaImU



Dalam perca-perca kenangan cinta, sang pemuja bulan teringatkan titik permulaan mengenali diri si bulan. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Sang pemuja bulan sering mengharapkan agar si kekasih hati menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Ingin dibuktikan pada dunia bahawa cinta ini suci dan abadi. Ingin dibuktikan pada dunia cinta ini nyata dan bukan ilusi.. Si bulan, akan ku pegang erat janji mu, seiring kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta ini sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya. Si bulan, ingin ku penuhkan hati mu dengan cerita cinta dan kasih sayang yang baru. Dalam linanagan air mata, sang pemuja bulan berjanji kepada dirinya tak akan ada lagi air mata sedih yang akan mengalir lewat sepasang mata nan indah milik si bulan itu. Sesungguhnya cinta  sang pemuja bulan terhadap si bulan semakin subur, mekar dan mewangi di taman asmara ini. Setiap hari yang berlalu menjanjikan kematangan kepada cinta ini. Dirasakan sememangnya cinta ini ditakdirkan untuk kita dan kebahagiaan itu ditakdirkan milik kita. Si bulan, peganglah janji cinta ini bahawa kita akan kekal bersama sehingga maut memisahkan. Si bulan, ungkapan cinta mu menjadi pengikat cinta antara kita. Madah-madah cinta mu sentiasa bermain di fikiran ini, menjadi teman setia dikala sunyi menjadi pengubat rindu dikala berjauhan.
Aku sudah begitu memuja mu…
Aku sudah terlalu cinta kepada mu…

No comments:

Post a Comment