Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..

Wednesday, 21 December 2011

TaLkInG To ThE MoON


Kekasih… Bila malam melabuhkan tirainya hatiku menjadi sayu. Rindu dendam terhadap mu semakin terasa dan menusuk ke kalbu. Terasa kehangatan airmata menitis dipipi bila kerinduan semakin tidak terbendung. Kekasih…Hanya bulan pengubat rindu ini. Seperti yang pernah aku katakan kepada mu, bilamana kau merindui ku, pandang la bulan dan seru la nama ku. Kerana ketika kau merenung bulan disana aku juga sedang merenung bulan disini. Bila sang bulan menunjukkan dirinya ketahuilah kasih ketika itu rinduku pada mu sedang memuncak. Ingin aku menjatuhkan diri dalam dakapan mu. Pastinya hangat sekali.
Kekasih.. Bila bulan tidak hadir di langit sana bukan bermakna aku tak rindu kepada mu. Tetapi mungkin bulan terlalu cemburu melihat betapa aku mencintai dan merindui dirimu.
Aku rindu dan cinta pada mu…

No comments:

Post a Comment