Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hati manusia yang selalu mudah tersentuh. Kata-kata itu terasa menerjah dalam khayalan sang pemuja bulan. Ya, kata-kata itu banyak mengajar dirinya akan erti kesabaran, kecekalan hidup dan pentingnya saling memahami dalam perhubungan. Kadangkala dibiarkan hatinya yang rapuh itu terubat dengan sendirinya. Semuanya kerana kasih dan cintanya terhadap si bulan. Tidak diingini hanya secubit perasaan terkilan, akan membenihkan ketidakselesaan dalam perhubungan dan menimbulkan jurang dalam lautan cinta ini. Doa selalu menjadi tempat bergantung dalam memenuhi impian hati yang akan berkunjung tiba dan menghadirkan kebahagiaan untuk dua insan bercinta ini.
Dalam saat ini, sang pemuja bulan berharap akan khayalan dan lamunan itu tidak akan terhenti, sulit untuk menggambarkan gelodak di jiwa sang pemuja bulan. Hanya si bulan yang mampu meneka persoalan yang bersarang di minda dan mengerti akan gelodak di jiwa nya itu. Begitu banyak dugaan yang mendatang, bertalu-talu ujian dan rintangan yang menguji perhubungan ini, bahkan tidak cukup dengan itu, wujud kehadiran insan-insan yang tidak mampu melihat kebahagiaan orang lain. Semua nya hanya mahukan perpisahan dan inginkan kesedihan menyelebungi hidup sang pemuja bulan bersama si bulan. Namun percaturan yang ESA itu cukup indah. Disebalik rintangan dan dugaan yang melanda, ternampak kelibat sinar cahaya yang menjanjikan kebahagiaan. Semakin hari hubungan ini semakin erat, semakin mesra dan hari-hari yang dilalui bersama dirasakan cukup bahagia. Setiap halangan dan dugaan yang mendatang, menghangatkan lagi rasa cinta ini, membenihkan berjuta-juta rasa di hati yang akhirnya pasangan cinta dua sejoli ini sukar untuk dipisahkan.
No comments:
Post a Comment