Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..

Tuesday, 27 December 2011

HaPpY bIrThDaY




Happy birthday to you..
Happy birthday to you..
Happy birthday to you...


Bait-bait ucapan sempena hari lahir itu bagaikan masih kedengaran di pendengaran sang pemuja bulan walaupn telah setahun lamanya berlalu. Dirasakan seperti semalam dia menyanyikan lagu itu di malam hari jadi si bulan. Kenangan itu datang mengusik memori sang pemuja bulan yang hanyut dalam arus kerinduan terhadap si bulan. Masih utuh terpahat di ingatan sang pemuja bulan, bagaimana teruknya si bulan merajuk kerana menyangka sang pemuja bulan terlupa akan tarikh bermakna itu. Masih jelas di pendengaran nya ketawa girang si bulan apabila dinyanyikan lagu ini walaupun hanya menerusi panggilan telefon lantaran jarak yang memisahkan mereka berdua. Masih berbekas di jiwa sang pemuja bulan saat ucapan-ucapan sempena hari lahir si bulan diucapkan dan dihargai oleh si bulan. Semua ini mengadunkan satu rasa di jiwa yang menghadirkan sebaris senyuman buat sang pemuja bulan di saat ini.
Masih tidak dilupakan oleh sang pemuja bulan akan ingatan yang dititipkan oleh si bulan terhadap tarikh hari lahir nya. Dalam kesibukan menguruskan hal-hal perniagaan dan alam kehidupan, masih terselit ingatan si bulan kepada sang pemuja bulan. Di ucapkn jua selamat hari lahir kepada sang pemuja bulan walaupun masih terlalu awal, ekoran kebimbangan si bulan akan kesibukan nya dalam mengejar masa yang terbatas.. Semua itu memberi sejuta kegembiraan kepada mereka berdua. Dirasakan hidup begitu indah sekali.
Si bulan, masa itu selalu mencemburui kita kan? Terlalu pantas bergerak meninggalkan kenangan-kenangan yang menggamit sanubari dan terlalu indah untuk dikenang. Saat-saat yang dilalui bersama dirasakan terlalu sekejap, seolah-olah sekadar hembusan angin.. Namun begitu, ia meninggalkan sejuta rasa untuk dinikmati.

No comments:

Post a Comment