Setiap cebisan-cebisan kenangan yang bersulamkan kerinduan, berteraskan percintaan dan disemai kasih sayang menghadirkan satu gelodak jiwa yang meruntun hati oleh pasangan dua sejoli ini yang mengimpikan impian, janji dan harapan yang sama. Setiap coretan, ade kisah disebaliknya..
Friday, 23 December 2011
WaRkAh BuAt KeKaSiH
Malam itu, sang pemuja bulan tidak dapat melelapkan mata nya. Walaupun jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi, sang pemuja bulan masih melayani angan-angan yang sering menerjah ke dalam benaknya. Malam itu, terasa sebak sekali, dalam kerinduan yang mencengkam diri, ditambah suasana pilu. Ya, perasaan nya begitu mudah tersentuh lewat senja ini, air mata nya acap kali membasahi pipi.. Semua nya kerana perasaan ingin memiliki dan takut akan kehilangan. Lantas, dalam keadaan sebak yang menguasai diri, sang pemuja bulan mula mencoretkan isi hati nya dan dititipkan ia menjadi sebuah warkah untuk sang kekasih, si bulan.
Kepada yang tersayang,
Ikatan mesra yang terjalin antara kita berdua selama ini telah menanamkan bibit kasih yang amat mendalam. Apabila berjauhan, terasa rindu yang mencengkam dan pabila lama berpisah, merupakan suatu seksaan yang tidak berkesudahan.
Kita tidak dapat lari daripada hakikat perasaan yang tersembunyi jauh di lubuk hati kita sayang. Tidak dapat kita nafikan segala yang telah tercipta dan terukir di jiwa kita berdua selama ini. Suatu rasa yang tak mungkin dapat dicerita bentuk dan rupanya, yang tidak dapat dihuraikan hanya dengan kata-kata. Rasa yang telah menolak sama sekali perbezaan dan pemisah yang ada antara kita berdua, tanpa menghiraukan segala kekurangan yang ada.
Percayalah sayang, rasa mesra ini tidak kita jemput bersama. Kehadirannya di luar kemahuan kita. Tanpa disedari, disamping berhubung, tertawa, bergurau dan akhirnya berjumpa, keadaan itu telah membentuk sesuatu yang tidak diduga. Rasa mesra yang terbentuk diatas dasar hormat-menghormati, saling sayang-menyayangi dan ditambah dengan kesanggupan untuk memahami hati yang telah jauh terbenam di dalam jasad.
Si bulan yang dikasihi,
Sebagai manusia biasa, kita tidak dapat lari daripada keinginan untuk dikasih dan mengasihi. Dan kasih kita yang murni telah terjalin setelah dipertemukan untuk saling memahami jiwa dan perasaan walaupun pada awalnya hanya di alam maya. Kasih dan perasaan ini tidak mungkin akan terbentuk di atas kasih sayang yang berpura-pura. Malah ia tidak akan dapat menipu diri kita, andainya ia datang hanya kerana nafsu semata-mata dan tidak akan subur andainya ia hanya untuk teman bagi mengisi kesepian.
Setelah setahun kita bersama menyulam rasa memendam rasa, dapat dirasakan tiada yang lebih indah lagi di dunia ini sayang, melainkan dengan kehadiranmu di dalam hidup ini. Dimana terasa sekali yang diriku amat memerlukan dirimu, yang telah menampakkan keindahan yang tidak pernah terbayang oleh pemikiranku sebelum ini. Jujur ku katakan, dirimu telah menjadi tunjang dan nadi dalam kehidupanku.
Namun begitu, sedarilah yang diriku ini hanya sang pemuja bulan yang dilihat dan dikenali olehmu selama ini. Hanya yang terdapat di diriku ialah kasih sayang yang luasnya tak bertepi, sekelumit rindu yang utuh terpendam di sanubari dan seluas lautan rasa cinta terhadapmu..
Diharapkan dengan keluhuran cinta dan kasih sayang antara kita perhubungan ini akan berkekalan dan tiada apa yang dapat memisahkan kita. Sayang, dengan diiringi doa, impian kita akan termakbul jua dan kebahagiaan itu akan pasti milik kita.
Percayalah sayang, dirimu adalah segala-galanya buat diriku di dunia ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment